Penjaga Gol Galatasaray Selamatkan Pemain Dari Musibah Berat
TV
beIN Sports
Advertisements

Penjaga gol Galatasaray, Fernando Muslera mendapat pujian ramai peminat bola sepak di media sosial sejak semalam.

Ini selepas tindakan beliau menolak bek kanan Besiktas, Valentin Rosier daripada berlanggar dengan tiang semasa cuba menjaringkan gol.

Insiden ini berlaku pada minit akhir perlawanan derby Istanbul membabitkan Galatasaray dan Besiktas.

Advertisements

Rosier berharap dapat menjaringkan gol lewat dengan cuba mendapatkan hantaran jauh pemain sayap Croatia, Ante Rebic.

Malangnya, bola tersebut sudah jauh daripada jangkauannya dengan bekas bek kanan Dijon itu semakin menghampiri tiang gol yang dikawal Muslera.

Penjaga gol Uruguay itu bertindak menolak Rosier sebelum perkara yang tidak diingini berlaku. Pada awalnya, bek kanan Perancis itu marah dengan tindakan Muslera.

Advertisements

Bagaimanapun, selepas menyedari apa yang berlaku, Rosier hanya tersenyum dan berterima kasih kepada penjaga gol berusia 37 tahun itu.

Galatasaray memenangi aksi derby tersebut dengan keputusan 2-1. Mauro Icardi menyumbat dua gol untuk tuan rumah dengan bekas pemain Liverpool, Alex Oxlade-Chamberlain menyumbat gol saguhati.

Besiktas juga terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Mert Gunok dibuang padang pada minit ke-30.

Advertisements

Di media sosial, ramai memuji tindakan pantas Muslera dan menyifatkan beliau sepatutnya diberi anugerah fair play atas tindakannya itu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram