Penjaga Gol Ini Sangka Beraksi Seorang Diri Atas Padang
Eropah
Relevo
Advertisements

Perlawanan Bundesliga membabitkan Borussia Dortmund dan Hertha Berlin terpaksa ditangguhkan seketika semalam susulan tindakan penyokong pelawat menggunakan bom asap. Disebabkan asap yang tebal, penjaga gol Hertha Oliver Christensen menyangka dirinya bermain seorang diri atas padang.

Menurut RMC Sport, insiden ini berlaku tak lama selepas sepak mula perlawanan di gelanggang keramat Dortmund, Signal Iduna Park. Ia dicetuskan sekumpulan penyokong ultras Hertha sehingga mengganggu penglihatan pemain. Ini mengakibatkan perlawanan tertangguh selama tiga minit.

Hanya selepas pengadil berpuas hati padang sudah selamat untuk digunakan semula, barulah permainan disambung semula. Geram dengan perbuatan nakal penyokong pelawat, Dortmund membolosi gawang Die Alte Dame 2-1 pada babak pertama menerusi Karim Adeyemi dan Donyell Mallen.

Advertisements

Walaupun Hertha cuba bertahan, tuan rumah menambah jaringan pada lewat permainan menerusi Marco Reus dan Julian Brandt. Keputusan 4-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram