Penjaga Gol KL City Laku Keras
Asia Tenggara
Guilherme Almeida / Syafiq Anuar
Advertisements

Tiga penjaga gol KL City, Kevin Ray Mendoza, Azri Ghani dan Azim Al-Amin masing-masing telah dipanggil menyertai kem kebangsaan.

Prestasi semasa yang ditampikan ketiga-tiga penjaga gol The City Boys ini telah berjaya menambat hati pengendali skuad kebangsaan.

Kevin Ray Mendoza antara nama yang disenaraikan pengendali Filipina, Michael Weiß menyertai kem latihan The Azkals. Beliau dijangka menjadi pilihan Filipina bagi mengharungi dua aksi persahabatan Tier 1 berdepan Taiwan dan Afghanistan, September kelak.

Advertisements

Azri Abdul Ghani pula pada semalam telah dipanggil menyertai hari pertama kem latihan Harimau Malaya. Selepas penjaga gol Sabah, Damien Lim digugurkan ekoran kecederaan, Azri yang berada dalam senarai bersedia jadi pilihan pengendali kebangsaan, Kim Pan-gon.

Dua pemain KL City, Azri Ghani dan kapten pasukan, Paulo Josue melengkapkan senarai 25 pemain Malaysia. Malaysia bakal berlepas ke China bagi menghadapi dua aksi persahabatan Tier 1 berdepan Syria dan China di Chengdu, China pada 6 dan 9 September ini.

Penjaga gol muda, Azim Al-Amin pula terpilih dalam senarai 25 pemain B-23 tahun negara. Azim bakal merebut tempat dengan penjaga gol Negeri Sembilan, Sikh Izhan Nazrel dan penjaga gol Terengganu, Rahadiazli bagi kempen Kelayakan Piala Asia B-23 2024.

Advertisements

Skuad kendalian E. Elavarasan telah diundi dalam Kumpulan H bersama Bangladesh, Filipina dan Thailand. Malaysia bakal berdepan Bangladesh pada 6 September, Filipina pada 9 September dan menentang tuan rumah iaitu Thailand pada Selasa, 12 September 2023 di Stadium Chonburi.

Untuk rekod, Kevin Mendoza telah diturunkan sebanyak 9 kali manakala Azim Al-Amin diberi kepercayaan menjaga gawang KL City sebanyak 3 kali dalam saingan Liga-M.

Ekoran kecederaan yang dialami Kevin Ray Mendoza sebelum ini, Azri Ghani mencatat 10 penampilan bersama The City Boys dan berjaya merekodkan cleansheet sebanyak empat kali.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram