Penjaga Gol Negeri Sembilan, Syihan Hazmi Tetap Bangga Dengan Aksi Pasukannya
Dunia
IG syihanhazmii
Advertisements

Penjaga gol Negeri Sembilan, Syihan Hazmi pamer aksi cemerlang dalam perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) meskipun bolos pada minit-minit akhir permainanan.

Pemain berusia 26 tahun ini tetap berbangga dengan aksi cemerlang rakan sepasukannya kerana bermain mati-matian berdepan dengan pasukan JDT.

Jelas Syihan, beliau tidak mampu memberikan komen berkenaan jaringan tersebut. Namun, beliau yakin barisan pemain yang lain sudah berjuang habis-habisan.

Advertisements

“Tak boleh nak kata apa dah, tetapi pasukan telah bagi 200 peratus di atas padang.

“Jurulatih mahu kami beri 100 peratus tetapi pemain dah bagi 200 peratus dan itu yang saya bangga dengan mereka.

“Saya tak berbangga dengan diri saya, saya hanya berbangga dengan semua pemain yang telah beraksi dengan cemerlang”, kata Syihan kepada MFL.

Advertisements

Aksi cemerlang yang dipamerkan Syihan Hazmi wajar diberi pujian kerana sehingga minggu kelapan ianya merupakan kekalahan pertama buat Negeri Sembilan dalam saingan Liga Super musim ini.

Adakah beliau wajar dipanggil sertai skuad kebanggsaan?

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram