Penjaga Gol Penang Sudah Ada Senarai Sepakan Penalti Pemain Kedah?
Piala FA
Ultras Phanters & Penang
Advertisements

Pertembungan pusingan pertaa Piala FA antara pasukan Kedah Darul Aman menentang Penang FC berlangsung dengan cukup baik namun kelebihan menjadi milik Penang.

Sungguhpun aksi terikat 2-2 sehingga masa tambahan, The Phanters jelas memiliki kelebihan dan akhirnya berjaya menoktahkan kemenangan menerusi sepakan penalti.

Kedah memperoleh gol pembukaan menerusi jaringan kapten pasukan, Manuel Ott minit ke-9 sebelum pasukan pelawat bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-21 melalui pemain import, Giovane Gomez.

Advertisements

Skuad Nafuzi Zain kemudian dikejutkan dengan gol kedua Penang menerusi rembatan kencang penyerangnya, Hassan Saad pada minit ke-67 sebelum Ott sekali lagi menyelamatkan maruah Kedah dari dengan gol penyamaan seminit sebelum masa tamat melalui rembatan kencang dari luar kotak penalti.

Namun begitu, penentuan sepakan penalti ini menjadi milik anak didik Chon Yee Fat apabila penjaga golnya, Shafiq Afifi dilihat sudah pun membuat ulang kaji mengenai pemain Kedah yang bakal mengambil sepakan tersebut.

Pemain berusia 24 tahun itu telah pun menulis senarai pemain Kedah yang bakal melakukan sepakan pada tangannya dengan nama-nama seperti Ott, Lee Tuck, Hidalgo sudah pun selesai dikajinya.

Advertisements

Beliau telah pun menulis senarai tersebut pada pergelangan tangannya dan ia memberikan hasil yang cukup baik.

Hasilnya, beliau berjaya menyelamatkan sepakan penalti Lee Tuck dan Ciger dan membawa pasukan ke pusingan berikutnya.

Kecemerlangan Shafiq wajar mendapat pujian tatkala beliau bertungkus-lumus untuk memastikan pasukannya melakar kemenangan.

Advertisements

Penang akan berdepan Selangor bagi aksi Liga Super berikutnya di laman sendiri.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram