Dunia
Sarawak United
Advertisements

Telah pun berlabuh tirai 2022 dengan pelbagai cerita pahit dan manis dalam dunia bola sepak tempatan. Walaupun 2023 sudah menjelma, namun ianya berbeza buat penjaga gol Sarawak United, Tauffiq Ar Rasyid.

Dalam satu muatnaik di instagram story milik Tauffiq, beliau dilihat seperti tidak sedar bahawa tahun 2022 sudah berlalu dan kini sedang berada di tahun 2023. Namun ada sesuatu yang ingin disampaikan di sebalik situasi ‘tak sedar’ itu.

Umum mengetahui Sarawak United merupakan antara pasukan yang tidak dibenarkan beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim 2023 dek kerana isu tunggakan gaji. Jadi pemain-pemain Sarawak United sudah pasti kini sedang menunggu dengan sabar bayaran tunggakan gaji daripada pihak pengurusan.

Advertisements

“Dah 2023 dah rupanya,” coret Tauffiq.

Tauffiq memuatnaik story yang berlatar belakangkan isi kandungan sepucuk surat. Isi kandungan surat tersebut memaparkan Sarawak United sedang memohon tempoh masa untuk membayar tunggakan gaji sebelum 31 Disember 2022.

Tauffiq Penjaga Gol Sarawak United 'Tak Sedar' Dah 2023

Ternyata instagram story tersebut menjadi tanda tanya adakah tunggakan gaji para pemain Sarawak United sudah diselesaikan atau sebaliknya. Diharapkan janji-janji yang diberikan dapat dipenuhi sebelum masa yang ditetapkan.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram