Penjaga Gol Selamatkan Penyokong Semasa Perlawanan Cadiz-Barcelona
La Liga
Cristina Quincler/AFP/Getty Images
Advertisements

Perlawanan La Liga Cadiz-Barcelona ditangguhkan selama 30 minit selepas berlakunya situasi kecemasan dalam stadium semalam.

Gergasi Catalan pada ketika itu sedang mendahului 2-0 dengan masa perlawanan berbaki 10 minit.

Tetapi pada minit ke-81, penjaga gol tuan rumah Jeremias Ledesma menyedari ada situasi kecemasan dalam stadium. Lantas, dia berlari mendapatkan peralatan perubatan sebelum membaling ke arah pasukan kecemasan yang berada di bangku penonton.

Advertisements

Pada masa sama, kapten Jose Mari turut membantu staf Cadiz membawa pengusung ke tempat yang dinyatakan. Sementara bek tengah Barca Ronald Araujo dan pemain tuan rumah Fali berdoa agar semuanya selamat.

Selepas 20 minit, pemain kedua-dua pasukan diarah masuk ke bilik persalinan oleh pengadil dan tunggu sehingga mendapat arahan selanjutnya.

Penyokong tersebut berjaya distabilkan oleh pasukan perubatan sebelum dibawa ke hospital.

Advertisements

Pada jam 8.00 malam waktu tempatan, pemain kedua-dua pasukan kembali ke padang untuk memanaskan badan. Perlawanan Cadiz-Barcelona disambung semula sembilan minit selepas itu.

Bagaimanapun, panik sekali lagi tercetus di bangku penyokong apabila seorang penyokong dilaporkan rebah. Tetapi kali ini, penyokong itu hanya dilaporkan pengsan dan telah menerima rawatan.

Pengurus Barcelona Xavi berkata, “Kami semua bersetuju untuk menghentikan (perlawanan).

Advertisements

“Perkara sebegini melangkaui bola sepak, kita bercakap tentang nyawa manusia. Kita bernasib baik mereka berjaya menyelamatkannya.”

Barcelona mendahului perlawanan menerusi Frenkie de Jong pada minit ke-55. Penyerang Poland Robert Lewandowski menambah jaringan pada minit ke-65.

Selepas perlawanan disambung semula, pemain gantian Ansu Fati menyumbat gol ketiga pada minit ke-86. Seorang lagi pemain gantian Ousmane Dembele menambah gol pada minit ke-92.

Advertisements

Barcelona akan menerima kehadiran Elche sebagai pasukan pelawat dalam perlawanan La Liga seterusnya pada 17 September.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram