Advertising
Penjaga Gol Urawa Red Dipercayai ‘Hilang’ Ketika Dibolosi
MakanBola
Urawa-reds

Hasrat Urawa Red Diamonds untuk mengejar dua pasukan teratas Liga J1 kelihat semakin mustahil apabila mereka tewas 1-2 di laman sendiri kepada pendahulu liga, Vissel Kobe.

Namun disebalik kekalahan tipis yang menimpa Urawa Red itu, tindakan penjaga gol veteran mereka, Shusaku Nishikawa di minit-minit akhir perlawanan menimbulkan tanda tanya.

Pada minit ke-94, Nishikawa dilihat meninggalkan gawangnya untuk membantu Urawa Red mendapatkan gol yang pada ketika itu dalam situasi sepakan percuma. Kedudukan ketika itu terikat 1-1.

Ad

Namun sebaliknya berlaku apabila sepakan percuma tersebut dapat ditangkap kemas oleh penjaga gol Vissel Kobe, Daiya Maekawa yang tidak menunggu lama untuk menghantar bola jauh kepada penyerang berbisa, Yuya Osako yang sedang menunggu bola di bahagian atas.

Ad

Osako hanya memerlukan dua sentuhan sebelum melambungkan bola ke dalam gawang Urawa Red yang tidak dikawal Nishikawa. Gol tersebut akhirnya menghadiahkan tiga mata berharga buat pasukan Vissel Kobe untuk terus memimpin carta Liga J1.

Video tersebut telah dikongsikan oleh J Football Now di laman X dengan kapsyen ‘Apakah yang Nishikawa sedang fikirkan?’.

Ad
Ad

Dengan kekalahan itu, Urawa Red kekal di tangga ketiga liga dengan mengumpul 54 mata selepas 32 perlawanan. Vissel Kobe berada di puncak liga dengan mengumpul 65 mata, dibezakan dua mata dengan Yokohama F. Marinos di tangga kedua dengan 63 mata.