Penolong Jurulatih Kelantan Peluk Islam
Dunia
@polcorpas4houses
Advertisements

Hari ini, keceriaan kem pasukan Kelantan dalam menghadapi musim baru Liga Super nampak berbeza. Ini selepas penolong jurulatih The Red Warriors dari Sepanyol, Pol Corpas telah memeluk Islam hari ini.

Perkara ini dikongsikan oleh pemilik pasukan Kelantan, Norizam Tukiman atau Zamsaham dalam satu hantaran di Facebook.

“Alhamdulillah, Pol Corpas assistant coach (penolong jurulatih) Kelantan FC mulai hari ini adalah saudara muslim kita.

Advertisements

“Saya syahadahkan beliau tadi pagi bersaksikan Coach Rizal (Rezal Zambery Yahya), Coach Azli (Azli Mahmood) dan Coach Qus (Qusmaini Noor Haji Rusli),” katanya.

Corpas menyertai The Red Warriors pada musim 2021 dengan menggalas peranan sebagai penganalisis pasukan dan video perlawanan. Dengan data yang disediakannya, ini membantu jurulatih Choi Moon-sik merencana ramuan ampuh bagi menjadikan pasukan itu lebih baik atas padang.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram