Penolong Pengadil Aksi Perak & Penang Digantung
Liga Super
MakanBola
Perak FC
Advertisements

Susulan gol kontroversi yang dijaringkan Seo Seon-ung dalam perlawanan Liga Super Perak dan Penang pada 9 Ogos lalu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil tindakan menggantung penolong pengadil perlawanan tersebut.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman dalam temubual bersama Nadi Arena hari ini.

Advertisements

Gol Seun-ung dianggap kontroversi kerana penyerang Seladang itu berada pada kedudukan ofsaid semasa menjaringkan gol.

Apa yang membingungkan ramai penyokong, pemain dan staf kejurulatihan kedua-dua pasukan ketika itu ialah kegagalan penolong pengadil mengangkat bendera yang menyatakan berlakunya kesalahan ofsaid.

Advertisements

Walaupun pemain-pemain Penang membantah gol tersebut, pengadil Mohd Hasrol Mohd Amir tetap mengesahkan gol ketiga Perak itu.

“Kita telah mendapat laporan mengenai pengadil semasa perlawanan Perak dan Pulau Pinang (Penang). Dan setelah pagi itu, kita telah mendapat laporan penilai pengadil.

Advertisements

“Buat masa ini, kita gantung dulu linesman (penolong pengadil) tersebut sehingga kita bermesyuarat (dalam) Jawatankuasa Pengadil akan datang,” katanya.

Gol tersebut memastikan kemenangan 3-1 tuan rumah ke atas Penang. Walaupun mereka tunduk 5-1 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) semalam, The Bos Gaurus masih mempunyai kelebihan lapan mata dengan Kelantan United yang menduduki tangga ke-13 liga.

Advertisements

News Comments Account