Penonton Menanti Keputusan MFL Untuk Benarkan Makan Dan Minum Di Dalam Stadium
Dunia
Bernama
Advertisements

Penyokong setia bola sepak tempatan diseru bersabar sebelum dibenarkan untuk makan dan minum ketika menyaksikan perlawanan Piala Malaysia di stadium ketika ini.

Presiden Liga Bola Sepak Malaysia menyatakan bahawa pihaknya memahami perasan penonton setia bola sepak yang terpaksa menahan lapar dan dahaga sepanjang perlawanan berlangsung. Ini berikutan penonton tidak dibenarkan makan dan minum kerana mengikut panduan SOP yang telah ditetapkan.

“Difahamkan setiap penonton terpaksa menahan lapar dan dahaga sepanjang perlawanan berlangsung akan tetapi pihak kami sangat memahami perasaan peminat setia Piala Malaysia” kata Presiden Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) Ab Ghani Hassan.

Advertisements

Mengulas lanjut, Presiden MFL sudahpun menyampaikan permohonan ini kepada Kementerian Belia dan Sukan dan berharap kerajaan dapat meneliti kebenaran untuk para penyokong makan dan minum di dalam stadium.

Oleh itu, pihak MFL mengharapkan kesabaran penyokong untuk menunggu keputusan yang akan diumumkan tidak lama lagi. Sebelum ini, pihak MFL telah memberi kelonggaran jumlah penonton ke stadium dengan mengikut ketetapan negeri yang berada di bawah Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Kebenaran untuk penyokong makan dan minum ketika menonton acara-acara sukan di stadium akan diumumkan tidak lama lagi” kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Advertisements

Sebelum ini penyokong yang hadir ke stadium berasa kesukaran menonton perlawanan bola sepak tanpa membuka mulut dan memasukkan sesuatu seperti nasi, burger stadium dan air.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram