Penyerang berbisa Singapura, Ikhsan Fandi tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol dalam debut pertamanya bagi saingan Asian Champion League musim ini.
Pemain berusia 23 tahun itu berjaya meledak dua gol dalam perlawanan keempat BG Pathum United bagi saingan peringkat kumpulan bertemu pasukan dari Filipina, United FC yang berkesudahan dengan 3-1.
Ikhsan Fandi memerlukan 10 minit sahaja untuk terus mencatat nama sebagai penjaring kedua dalam perlawanan tersebut. Gandingan bersama bekas pemain JDT, Diogo terbukti menjadi apabila BG Pathum berjaya menjaringkan tiga gol pada separuh masa pertama sahaja.
Dalam pada itu, Ikhsan Fandi dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan selepas mempamerkan aksi cemerlang sepanjang permainan berlangsung.
Kini pasukan BG Pathum United mengungguli carta kumpulan selepas mencatatkan tiga kemenangan dan satu seri.
Perlawanan seterusnya adalah menentang pasukan Melbourne City pada rabu yang sebelum ini mereka berkongsi mata selepas mencatatkan keputusan seri.