Penyanyi Terkenal Dunia Bakal Serikan Malam Bunga Api JDT
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Malam gemilang sambutan kejuaraan Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal diserikan dengan persembahan oleh penyanyi terkemuka dunia, 15 Oktober nanti.

Tahun 2022 menjadi tahun yang cukup gemilang buat JDT dan juga Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) yang bertungkus-lumus memastikan kelab menempa pelbagai kejayaan.

Baginda dalam satu temubual bersama Nindia Bola juga ada menyatakan bahawa sambutan pada tahun ini bakal menjadi satu fenomena disebabkan ia menjadi tahun yang cukup bermakna dalam sejarah kelab.

Advertisements

Oleh yang demikian, Johor Southern Tigers memaklumkan bahawa penyanyi terkenal dunia, Jason Derulo akan hadir di Stadium Sultan Ibrahim bagi melakukan persembahan.

Bintang kelahiran Amerika Syarikat itu merupakan antara nama yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan di Eropah selain memperoleh pelbagai anugerah berprestij di sana.

JDT telah pun memenagi 11 trofi secara keseluruhannya pada tahun 2022 termasuklah Piala Presiden oleh skuad JDT III.

Advertisements

Ini juga diambil kira dengan beberapa kejuaraan yang dimenangi oleh pasukan akademi mereka seperti MSSM (JDT U17 dan JDT U12), Milo Challenger Cup & La Liga Youth Tournament (JDT U14), Yakult-Aidil Zafuan Cup & JSSL International (JDT U13).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram