Ads
Penyerang Australia, Wenzel-Halls Sertai Penang
Transfer
Penang FC

Penang FC sah mendapatkan khidmat penyerang import baru dari Australia, Dylan Wenzel-Halls.

Advertisements

Perpindahan bekas penyerang Central Coast Mariners itu disahkan pengurusan Harimau Kumbang menerusi satu pengumuman di platform media sosial rasmi mereka.

Advertisements

Selain CCM, penyerang berusia 27 tahun itu juga pernah beraksi untuk beberapa kelab A-League seperti Brisbane Roar dan Western United.

Advertisements
Advertisements

“Dylan telah mencipta nama bersama kelab-kelab utama seperti Brisbane Roar, Western United, dan Central Coast Mariners dalam A-League.

“Pengalaman luasnya di liga utama Australia telah mengasah kebolehannya untuk menjaringkan gol, menjadikannya aset penting untuk pasukan Penang FC pada jendela perpindahan kedua kali ini.

Advertisements

“Kelab sangat teruja menyambut Dylan sebagai sebahagian daripada keluarga Penang FC,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Wenzel-Halls mula dikaitkan dengan Penang menerusi khabar angin perpindahan yang dikongsikan wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran.

Khabar angin perpindahan tersebut semakin hangat diperkatakan apabila CCM mengumumkan penyerang itu meninggalkan kelab pada 28 Ogos lalu. Ini disebabkan Wenzel-Halls mendapat peluang beraksi di luar negara.

Meskipun kelab asing yang menjadi destinasi pilihannya tidak dinyatakan, ramai percaya beliau bakal menyertai skuad Harimau Kumbang.

Advertisements

Wenzel-Halls bakal menambah pilihan di bahagian serangan buat jurulatih, Akmal Rizal Ahmad Rakhli. Selain beliau, Akmal turut memiliki Nabil Ahmad Latpi, Alif Ikmalrizal Anuar dan Rodrigo Dias sebagai pilihan di bahagian berkenaan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram