Penyerang Berdarah Thailand, Jude Soonsup-Bell Sertai Gergasi EPL
Dunia
The Secret Scout
Advertisements

Dengan pasaran perpindahan Januari bakal berakhir hari ini, kelab-kelab mula memuktamadkan urusan perpindahan mereka. Terbaru, kelab gergasi London, Tottenham Hotspur telah memuktamadkan pembelian penyerang berdarah Thailand-Inggeris, Jude Soonsup-Bell dari Chelsea.

Soonsup-Bell dipandang tinggi oleh jurulatih-jurulatih Chelsea di Cobham. Tetapi dengan kontraknya berbaki enam bulan, Blues mengambil keputusan menjualnya daripada membiarkan penyerang itu meninggalkan kelab secara percuma.

Sebelum memuktamadkan perpindahan ke Spurs, Soonsup-Bell turut menerima tawaran dari kelab gergasi Manchester City dan kelab-kelab dari luar negara. Tetapi Spurs menjadi pilihan kerana dilihat dapat menawarkan peluang lebih cerah dalam pasukan senior.

Advertisements

Soonsup-Bell hanya membuat satu penampilan senior bersama Chelsea dalam Piala EFL dan 35 penampilan dalam Premier League 2.

Selepas Todd Boehly berbelanja sekitar £500 juta (RM2.62 bilion) untuk pasaran perpindahan kali ini, ramai pemain akademi Chelsea merasakan peluang beraksi dalam pasukan utama amat tipis.

Ini mendorong ramai pemain yang mempunyai baki kontrak sehingga akhir musim mengorak langkah mencari pasukan baru untuk meneruskan karier masing-masing.

Advertisements

Perkembangan Soonsup-Bell bakal diperhatikan dengan teliti oleh Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) termasuk peluang mewakili pasukan bawah 23 tahun mereka untuk Sukan SEA 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram