Dunia
TRW Kelantan FC
Advertisements

Penyerang import Kelantan FC, Nixon Guylherme menyuarakan rasa kurang senang dengan situasi yang berlaku terhadap dirinya.

Nixon merupakan antara tiga penyerang import yang ditandatangani pasukan Kelantan FC musim ini. Untuk rekod, beliau hadir ke Kelantan dengan reputasi sebagai antara penyerang prolifik di Liga Bangladesh.

Namun segalanya tidak indah seperti yang dijangka apabila pemain import dari Brazil terpaksa melalui satu musim yang sukar selepas dihantui dengan beberapa siri kecederaan yang membelenggu beliau.

Advertisements

Sejak kebelakangan ini, Nixon gagal untuk menembusi kesebelasan utama dan difahamkan situasi itu ada kena mengena dengan tahap kecergasan beliau selepas mengalami kecederaan. Dan Nixon ada berkongsi mengenai apa yang terjadi kepada beliau.

Dalam satu muat naik di laman instagram rasmi milik beliau, Nixon menegaskan seperti ada pihak yang menghalang beliau dari terus bersinar dalam aksi domestik. Selain itu, Nixon juga mengesahkan bahawa beliau tidak lagi mengalami kecederaan.

Nixon Marah Penyerang Kelantan Syak Ada Pihak Cuba Jatuhkan Beliau
Muat naik Nixon di laman instagram milik beliau.

Nixon seperti reda dengan apa yang terjadi dan beliau percaya satu hari nanti segala kebenaran akan terungkai jua. Tuhan tahu akan segalanya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram