Penyokong ‘Ajar’ Griezmann, Berang Lihat Aksi Longlainya Di Atas Padang
Eropah
Instagram: @antogriezman
Advertisements

Juara bertahan La Liga, Atletico Madrid memulakan kempen saingan Liga Juara Juara Eropah (UCL) dengan langkah kiri apabila hanya memperolehi satu mata selepas seri tanpa jaringan ketika menentang kelab dari Portugal, FC Porto. 

Penyerang Perancis, Antoine Griezmann buat pertama kalinya beraksi di hadapan peminat sejak beliau kembali ke kelab yang mencipta namanya itu dari pesaing terdekat iaitu Barcelona. Sungguhpun begitu, kehadirannya kelihatan tidak disambut baik oleh segelintir penyokong Atletico Madrid. 

Dalam pada itu, bekas pemain Barcelona itu diherdik ketika kemasukannya pada separuh masa kedua menggantikan Joao Felix.

Advertisements

Malah, ada juga segelintir penyokong yang melontarkan ejekan ke atas nama beliau semasa pengumuman nama dilakukan sebelum mulanya sepak mula perlawanan. Akan tetapi, masih ada segelintir penyokong yang memberi tepukan buat beliau sebagai tanda sokongan kepada pemain kesayangan kelab itu. 

Impaknya di dalam permainan agak kurang memberangsangkan menyebabkan segelintir penyokong kecewa melihat penampilan setelah kepulangannya itu.

Hal ini terjadi kerana Griezmann pergi meninggalkan Atletico dalam keadaan kontroversi pada dua tahun lalu untuk berkelana ke Barcelona yang merupakan ‘rival club’ bagi saingan La Liga ketika itu. 

Advertisements

Presiden Atletico de Madrid, Eduardo Fernandez menjelaskan kepada L’Equipe: “Sebahagian daripada orang ramai akan mengejek dan menghinanya, itu pasti. Apabila namanya diumumkan dan begitu juga apabila dia menyentuh bola.” 

“Terpulang kepadanya untuk memaafkan atau menebus dirinya sendiri. Jika dia membantu dalam memberikan gol penting buat pasukan, sedikit demi sedikit situasi akan kembali normal. Saya yakin.” 

Griezmann yang kini berjaya menjaringkan sebanyak 133 gol dalam 257 penampilan untuk Atletico Madrid semasa musim pertamanya, sebelum menjaringkan 35 gol sepanjang dua musim di Camp Nou, Barcelona.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram