Penyokong America De Cali ‘Naik Hantu’ Dengan Rodrigo Holgado
MakanBola
America de Cali

Segelintir penyokong America De Cali meluahkan rasa geram dengan tindakan pemain mereka yang dikaitkan ke Harimau Malaya, Rodrigo Holgado.

Ini selepas penyerang berusia 29 tahun itu memilih untuk meninggalkan kelab tersebut bagi menyarung jersi skuad kebangsaan Malaysia.

Dalam satu hantaran America En La Red di laman X, rata-rata penyokong America de Cali melepaskan rasa geram dengan berharap Holgado tidak kembali ke Colombia.

“Saya tak tahu apa pendapat orang lain, tapi bagi saya, seorang pemain yang lebih memilih untuk bermain dengan pasukan kebangsaan Malaysia daripada kekal bersama pasukan bagi merebut tempat ke final liga, bukanlah pemain yang suka bersaing.

“Oleh itu, dia tidak sepatutnya menjadi pemain America (de Cali). Bagi saya, dia boleh angkat kaki sekarang juga,” komen seorang penyokong di laman X.

Ada juga penyokong America de Cali yang menganggap tindakan Holgado itu adalah kerana mengutamakan wang.

“Biar dia pergi dan terus tinggal di sana, dia lebih utamakan wang daripada kemuliaan, kerana sanggup bermain untuk pasukan kebangsaan yang tak ada mutu langsung,” komen Jairo Palma.

Holgado bakal terlepas sekurang-kurangnya dua aksi bersama America De Cali sekiranya penyerang berbisa itu sah menyertai Malaysia dalam masa terdekat.

Sebelum ini, MakanBola melaporkan Holgado akan menyertai sesi latihan skuad kebangsaan pada Selasa dalam persiapan menghadapi Kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Vietnam 10 Jun ini.