Advertisement
Penyokong Arab Saudi Pecahkan TV Selepas Diaibkan Indonesia
Hiburan
MakanBola
Pelatih Tidur

Seorang penyokong Arab Saudi bertindak memecahkan televisyen selepas pasukan Asia Barat itu tewas mengejut kepada Indonesia.

Aksi terbaru kelayakan Piala Dunia 2026 di Gelora Bung Karno pada 19 November lalu menyaksikan The Green Falcons tumbang menerusi dua gol Marselino Ferdinan.

Kemenangan tersebut melonjakkan anak buah Shin Tae-yong itu di tangga ketiga kumpulan, satu mata di belakang Australia. Indonesia berada di tempat ketiga kerana memiliki kelebihan jaringan yang lebih baik berbanding Arab Saudi, Bahrain dan China.

Kekalahan kedua The Green Falcons dalam Kumpulan C membuatkan ramai penyokong pasukan itu marah. Salah satunya ialah video penyokong memecahkan televisyen yang dikongsikan pengguna X, Pelatih Tidur.

Penyokong yang tidak dikenali itu cukup marah dengan prestasi buruk anak buah Herve Renard itu. Lantas, penyokong berkenaan bertindak mencabut dan memecahkan televisyen sebelum berlalu pergi.

Arab Saudi berharap dapat bangkit semula untuk aksi kelayakan seterusnya menentang China pada 20 Mac 2025. Manakala Indonesia pula dijangka mahu meneruskan momentum bila bertemu Australia pada tarikh yang sama.