Penyokong Berdekah Layan ‘Kerja Sambilan’ Arif Aiman & Akhyar Rashid
Hiburan
Johor Souhthern Tigers
Advertisements

Gelagat duo sensasi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dan Akhyar Rashid kembali mencuri tumpuan apabila muncul dengan satu peranan baharu.

Baru-baru ini, tular sebuah klip yang memaparkan kelibat Arif dan Akhyar yang kini kelihatan seperti seorang pempengaruh di media sosial.

Kecermerlangan aksi di atas padang diteruskan dengan ‘beraksi’ pula sebagai seorang reviewers untuk mempromosikan pusat membeli belah Ikea di Tebrau.

Advertisements

Klip tersebut menunjukkan Akhyar dan Arif giat mempromosikan ikea yang memiliki beberapa tawaran hebat untuk mendapatkan barangan seperti perabot dan keperluan rumah.

Terdapat beberapa pilihan di Tebrau Shopping Centre seperti pasaraya, pusat karaoke dan juga zon aktiviti lasak untuk pengunjung.

Advertisements

Gelagat dua pemain ini mengundang tawa para peminat yang terhibur melihat klip tersebut.

“Video assignment ke ni?”

Advertisements

“Seketika Arif dan Akhyar jadi model. Rosak dah Arif,” ujar Mayll dalam gelak tawa.

Dua pemain ini bagaimanapun sedang menjalani latihan pusat bersama skuad kebangsaan sebelum berlepas ke China.

Advertisements

Video penuh: Arif dan Akhyar

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram