Advertising
Majoriti Penyokong Bersetuju Jika MFL Perkenal Perlawanan Liga Super Waktu Siang
MakanBola
Syafiq Freman

Majoriti penyokong bola sepak tanah air menyambut baik cadangan sekiranya Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengadakan perlawanan Liga Super pada waktu siang.

Seperti yang sedia maklum, kebiasaan perlawanan di Malaysia akan diadakan di pada sebelah malam sejak sekian lama.

Walau bagaimanapun, terdapat usaha oleh MFL untuk mengadakan aksi Liga Super pada musim ini pada sebelah petang contohnya seperti perlawanan di Stadium Sultan Muhamad IV.

Ad

Malah, aksi Liga Juara-Juara AFC (ACL) yang melibatkan pertembungan JDT juga telah pun berlangsung pada sebelah petang di Stadium Sultan Ibrahim.

Ad

Menerusi satu tinjauan yang dilakukan oleh MakanBola, majoriti penyokong bersetuju dan menyambut baik idea untuk mengadakan perlawanan pada waktu siang.

Dapatan daripada tinjauan tersebut menunjukkan sekitar 72% penyokong menyambut baik idea ini daripada sebilangan 600 pengundi di laman telegram MakanBola.

Ad
Ad

Ini juga boleh menjadi alternatif sekiranya terdapat kekangan untuk mengadakan perlawanan pada sebelah malam berikutan kekangan seperti keadaan cuaca yang tidak menentu.

Ad

Menerusi beberapa respon oleh penyokong, rata-rata melihat ini sebagai ‘pembaharuan’ dalam bola sepak di Malaysia terutamanya perlawanan pada hujung minggu diadakan sebelah petang.

“Sangat setuju, kalau buat malam selalu mengantuk,” jelas Fazz.

Ada juga yang berpendapat bahawa pendekatan ini mampu menjimatkan kos terutamanya melibatkan penggunaan elektrik di stadium.

“Bagus idea ini, dapat jimatkan duit untuk bayar lampu limpah.”

Penyokong juga menganggap tiada lagi alasan yang boleh dicipta terutamanya melibatkan suhu dan juga cuaca sekiranya diadakan pada sebelah siang.

“Sangat setuju terutamanya perlawanan melibatkan venue dengan akses pengangkutan awam.”

“Rata² venue perlawanan dekat setiap negeri adalah di ibu negeri atau daerah paling utama maka bagus untuk elak perjalanan jauh pada lewat malam,” jelas pencinta bola sepak Malaysia, Dili Amin di ruangan Twitter.

View this post on Instagram

A post shared by MakanBola+ (@makanbolaplus)

Ketika ini, semakin banyak perkembangan positif yang dibawa oleh MFL terutamanya usaha mengetengahkan penggunaan VAR dan faktor masa perlawanan juga mampu memberi nilai tambah kepada aksi bola sepak di Malaysia.