Penyokong Brazil Sebut Nama Bergson Ke Wrexham
Eropah
Johor Southern Tigers
Advertisements

Penyokong yang berpangkalan di Brazil kini mula mengaitkan nama penyerang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva ke salah sebuah di Liga Bolasepak Inggeris (EFL), Wrexham.

Pasukan yang baru sahaja dinobatkan selaku juara National League iaitu divisyen kelima bola sepak Inggeris itu mula dikaitkan dengan beberapa muka baharu bagi saingan musim baharu.

Menerusi satu perkongsian di laman Twitter penyokong Wrexham Brazil, nama bintang Harimau Selatan itu mula menjadi antara calon yang dimahukan untuk mengisi posisi penyerang pasukan.

Advertisements

Pasukan milik duo selebriti, Ryan Reynolds dan Rob McElhenney itu menganggap ini merupakan pencapaian hebat bukan saja untuk kelab tetapi bandar Wrexham itu sendiri.

“Bandar ini dan sukan ini ialah salah satu perkara yang paling romantik di dunia ini,” jelas beliau.

Advertisements

Laman penyokong itu menyenaraikan beberapa nama pemain kelahiran Brazil termasuklah bintang Kawasaki Frontale, Leandro Damiao dalam senarai tersebut.

Statistik Bergson dianggap cukup mengagumkan apabila dua musim berada di Malaysia, beliau telah menjaringkan 23 gol dalam 24 perlawanan pada tahun 2021 dan 29 gol dalam 19 aksi tahun lalu.

Advertisements

“Sejak beliau tiba di Malaysia, Bergson memiliki purata lebih satu gol setiap perlawanan.”

Mereka juga menganggap bahawa pemain berusia 31 tahun itu mampu menyesuaikan diri kerana percaya tahap Liga Malaysia sama dengan liga divisyen 4 di sana.

Advertisements

“Liga Malaysia mungkin berada pada tahap pasukan pertengahan dalam Liga Kebangsaan. Saya percaya bahawa Bergson akan bermain dalam Liga Dua dengan mudah.”

“Barisan serangan dengan gandingan Bergson dan Mullin boleh merosakkan divisyen ke-4 Inggeris. Bérgson yang juga penjaring terbanyak dalam Serie B di Brazil.”

Bergson bagaimanapun bergelut dengan kecederaan musim ini apabila hanya diturunkan sebanyak 5 perlawanan namun tetap berjaya meledak 3 gol setakat ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram