Penyokong Cadangkan Kim Pan-gon Ambil Alih Skuad Muda Malaysia
Blog
ejinsight
Advertisements

Perjalanan skuad bawah 23 tahun negara dalam Kejohanana Piala AFF B-23 berakhir selepas tewas sekali lagi kepada Laos. Kali ini tewas 0-2 dan sekaligus gagal untuk mara ke pusingan separuh akhir kejohanan tersebut.

Walaupun diakui pasukan negara tidak menurunkan barisan pemain terbaik dalam kejohanan ini, namun kekalahan kepada pasukan kerdil seperti Laos pastinya agak sukar diterima peminat-peminat bola sepak tanah air.

Perkara asas bola sepak yang dimiliki pemain-pemain negara seperti menerima dan melakukan hantaran masih lagi di tahap yang minimal. Sesuatu perlu dilakukan supaya pemain-pemain ini terus berkembang di masa akan datang.

Advertisements

Rata-rata penyokong negara agak bimbang melihat persembahan anak-anak buah Brad Maloney ini. Ada di antara mereka yang mencadangkan jurulatih Harimau Malaya yang baharu iaitu Kim Pan-gon dilantik mengendalikan skuad bawah 23 tahun negara.

Walaupun Kim Pan-gon belum melalui sebarang perlawanan bersama skuad senior negara, namun para penyokong yakin dengan kewibawaan yang dimiliki Pan-gon di samping beliau mempunyai skuad kejurulatihan yang lengkap.

Walau apa pun yang berlaku, keberanian Brad Maloney perlu dipuji kerana beliau membariskan skuad yang cetek pengalaman di pentas antarabangsa. Beliau juga sebelum ini menganggap pentas Piala AFF B-23 ini merupakan satu proses pembelajaran dan pendedahan kepada pemain-pemain muda negara.

Advertisements

Semoga penyingkiran awal dari kejohanan Piala AFF B-23 ini menjadi satu pengajaran dan satu ‘turning point’ untuk bangkit di masa akan datang. Selepas ini, skuad bawah 23 tahun negara bakal beraksi di Kejohanan Piala Asia B-23 di Uzbekistan yang dijadualkan pada bulan Jun hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram