Penyokong Dah Ada Nama Baru Buat Romel Morales
Hiburan
FA Malaysia
Advertisements

Walaupun baru pertama kali menyertai skuad kebangsaan, penyokong Harimau Malaya sudah mempunyai nama baharu buat pemain naturalisasi ke-9 negara, Romel Morales.

Melalui tinjauan Makanbola di ruangan komen Facebook Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), rata-rata penyokong menggelar Romel Morales dengan panggilan Ramli selepas mendapat kerakyatan Malaysia.

Panggilan Ramli kepada Romel itu juga telah disokong dan digunakan oleh beberapa orang penyokong di dalam ruangan komen Facebook tersebut.

Advertisements

Pemain berusia 27 tahun itu kini berada di Qatar bersama-sama skuad kebangsaan bagi menghadapi Piala Asia 2023.

Pada perlawanan persahabatan menentang Syria semalam, Romel telah diturunkan oleh pengendali Kim Pan-gon. Walaupun tidak berjaya mencetak sebarang jaringan namun kelebihan fizikal yang dimiliki bakal menjadi salah satu nilai tambah kepada pasukan negara.

Advertisements

Bekas pemain Kuala Lumpur City FC (KL City) itu berjaya mendapatkan status naturalisasi selepas beraksi di Liga Malaysia melebihi 5 tahun iaitu sejak tahun 2018 lagi.

Namun jodoh Romel bersama KL City sudah tiba ke penghujung apabila beliau baru-baru ini telah mengungkapkan salam perpisahan di laman Instagram.

Advertisements

Antara kejayaan terbesar yang diraih Romel bersama KL City ialah menjulang Piala Malaysia 2021 selepas mengejutkan Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan keputusan 2-0.

Masa depan Romel Morales sudah pasti akan menjadi perhatian ramai lebih-lebih lagi beliau kini sudah mendapat kerakyatan Malaysia dan mewakili Harimau Malaya.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram