Advertisement
Penyokong Ini Beri Idea Bagaimana Cara Untuk Kelantan Kalahkan JDT
Dunia
MakanBola

Kelantan FC bakal berdepan ujian getir apabila dijadualkan bertemu juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi suku akhir Piala Malaysia pada 5 November depan.

Di atas kertas sudah tentu perlawanan tersebut akan menjadi milik JDT yang dikenali dengan reputasi gah menjuarai kejuaraan Liga Super untuk sembilan musim berturut-turut. Namun barisan pemain Kelantan juga tidak boleh dipandang enteng kerana mereka sentiasa bersemangat apabila turun ke padang.

Menjelang aksi suku akhir tersebut, seorang penyokong mencurahkan idea kepada pasukan Kelantan tentang cara bagaimana hendak menewaskan JDT dalam perlawanan itu nanti. Walaupun dilihat sedikit lucu, namun ada benarnya juga.

Penyokong tersebut berharap pasukan Kelantan beraksi seperti mana Urawa Red Diamonds beraksi. Dalam pusingan 16 terakhir Liga Juara Juara AFC, Urawa Red berjaya menewaskan JDT dengan keputusan 5-0.

“Untuk kalahkan JDT satu satunya cara ialah Kelantan FC, kena Main seperti Urawa Red. Mungkin coach dan pemain boleh luangkan sedikit masa tengok Video Perlawanan Urawa lawan JDT haritu,” cadang penyokong tersebut di laman Facebook.

Kelantan kalah jdt Penyokong Ini Beri Idea Bagaimana Cara Untuk Kelantan Kalahkan JDT
Cadangan oleh penyokong buat pasukan Kelantan.

Walaupun terdapat cadangan, namun rata-rata penyokong Kelantan yang memberikan komen sedar akan reputasi gah JDT yang sudah berada sebaris dengan pasukan elit di rantau Asia. Mereka hanya berharap agar para pemain Kelantan berjuang berhabis-habisan dalam perlawanan tersebut.