Penyokong Lebih Teruja Melihat Kesungguhan Kelantan United Berbanding Kelantan FC
Dunia
Kelantan United Football Club
Advertisements

Persiapan menghadapi Liga Super 2023 nampaknya semakin rancak tatkala tinggal beberapa minggu sahaja sebelum musim baru membuka tirai.

Rata-rata pasukan sudah pun mengumumkan siapa kekal, siapa keluar serta siapa rekrut terbaru selain masih ada pasukan yang dalam proses memuktamadkan pengambilan pemain baru terutamanya import.

Di Kelantan, penyokong jelas semakin tidak sabar untuk menyaksikan buat pertama kalinya dua pasukan dari negeri itu iaitu Kelantan FC dan Kelantan United berentap dalam Liga Super.

Advertisements

Tinjauan kami di laman sosial mendapati penyokong fanatik kedua-dua pasukan sudah mula ‘berperang’ dan membuat perbandingan pasukan mana yang akan tampil lebih mengancam dan persiapan siapa yang sedang berada di landasan betul dan ia dilihat lebih memihak kepada Kelantan United.

Ini kerana, selain melantik Thomas Trucha sebagai ketua jurulatih, Kelantan United telahpun mengumumkan wajah-wajah baru yang akan memperkuatkan pasukan antaranya Indra Putra Mahyuddin, Syazwan Zainon, Fandi Othman, Khairu Azrin serta Abd Latiff Suhaimi.

Baru-baru ini pasukan itu memperkenalkan Morgaro Gomis sebagai import terbaru dan dijangka akan mengumumkan baki empat lagi pemain import dalam tempoh terdekat.

Advertisements

Kelantan United juga telah memperkenalkan logo baru yang lebih padu tatkala media rasmi mereka pula aktif mengemaskini segala perkembangan terkini pasukan dari semasa ke semasa.

Berbeza dengan Kelantan FC, perkembangan pasukan itu tampak suram, lebih banyak update dibuat oleh pemilik pasukan Norizam Tukiman berbanding media rasmi kelab.

Malah sehingga artikel ini ditulis, TRW hanya mengumumkan barisan pemain yang kekal dan belum ada pengumuman pemain baru. Mereka lebih banyak berteka-teki dengan menyiarkan ‘teaser’ membuatkan penyokong mula berasa bosan.

Advertisements

Kelantan FC juga belum mengumumkan siapa ketua jurulatih baru walaupun sebelum ini diberitakan pengumuman akan dibuat pada awal Januari, di mana spekulasi mengenainya telah bertiup sejak bulan November lalu.

Dalam pada itu, Syazwan Zainon tidak merasakan status selaku pemain berpengalaman memberi tiket kepadanya untuk berasa selesa dan menegaskan setiap pemain ada kelebihan masing-masing.

“Bukan saya seorang yang ada pengalaman, bahkan kita ada juga beberapa pemain senior lain yang turut ada pengalaman lebih hebat.

Advertisements

“Tetapi bagi saya, menghormati antara satu sama lain itu sangat penting dan saya ingin menerapkan contoh yang baik buat pemain-pemain lain.

“Bagi saya, apabila kita di padang tiada istilah pemain senior dan pemain muda sebab semuanya adalah sama, jadi kami semua akan membantu sesama sendiri demi pasukan ini”, ujar bekas kapten Kedah itu yang turut mengakui kesungguhan ditunjukkan pihak pengurusan Kelantan United antara faktor dia memilih menyarung jersi pasukan itu musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram