Penyokong Manchester United Pulang Awal, Jadi ‘Lauk’ Liverpool di Old Trafford
EPL
Advertisements

Manchester United (Man Utd) dimalukan Liverpool dengan kekalahan terbesar musim ini di Old Trafford.

Mohamed Salah berjaya mencatat hatrik menerusi 3 jaringan pada minit ke-38, 45+5 dan 50.

Liverpool memperoleh jaringan seawal minit ke-5 menerusi pemain kebangsaan Guinea, Naby Keita sebelum menggandakan jaringan pada minit ke-13 menerusi Diogo Jota.

Advertisements

Walaupun perlawanan kelihatan seimbang buat kedua-dua pasukan, serangan Liverpool lebih tajam menerusi dua jaringan Mo Salah pada minit ke-38 dan 45+5 menjadikan kedudukan 0-4 memihak kepada pasukan pelawat pada separuh masa pertama.

Bersambung babak ke-2, Mo Salah sekali lagi menjadi duri dalam daging masak lemak buat pasukan Manchester United selepas berjaya melengkapkan hatriknya pada minit ke-50.

Lebih malang buat pasukan tuan rumah, Paul Pogba hanya beraksi 15 minit dan diarahkan keluar padang setelah menerima kad merah selepas terjahan kerasnya terhadap Naby Keïta pada minit ke-60.

Advertisements

Penyokong Manchester United membuat keputusan untuk keluar dari stadium seawal minit ke-60 selepas memikirkan tiada lagi harapan buat pasukan mereka memberikan cabaran kepada Liverpool.

Manchester United kini menduduki tangga ke-7 Liga Perdana Inggeris manakala Liverpool mengukuhkan kedudukan di tangga ke-2 liga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram