Seorang pemain terpaksa menelan hakikat dihentam oleh penyokong ketika beliau cuba meraikan jaringannya di hadapan penyokong bertukar tragedi.
Keadaan ini berlaku dalam sebuah aksi yang difahamkan di Liga Jerantut selepas seorang pemain berjaya menjaringkan gol.
Beliau sempat melakukan keraian hasil daripada jaringan tersebut namun keadaan yang tidak disangka-sangka kembali berlaku.
Menerusi beberapa rakaman yang tular di media sosial, pemain tersebut melulu ke arah penyokong selepas menjaringkan gol sebagai tanda berterima kasih.
Beliau bagaimanapun diserang oleh seorang individu yang berdiri di sisi padang sebelum menyiku kepala pemain tersebut.
Penjaga garisan perlawanan bagaimanapun berjaya mengawal permainan dengan baik dan meleraikan ketegangan tersebut.
Kejadian seperti ini bukanlah kali pertama berlaku di Malaysia dengan kegagalan sesetengah pihak mengawal emosi seringkali mengundang padah.
Pautan penuh: Kejadian ketuk kepala pemain