Penyokong Perak Dikumpulkan Atas Faktor Keselamatan
Dunia
ROTP
Advertisements

Perlawanan antara pasukan Kelantan dan juga Perak petang tadi tidak terlepas dengan pelbagai insiden yang melibat penyokong kedua-dua pasukan.

Drama dan juga pelbagai situasi panas telah terjadi sepanjang 90 minit permainan yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada pasukan pelawat.

Walau bagaimanapun, sejurus selepas tamat perlawanan, para penyokong setia The Bos Gaurus dilaporkan terpaksa dikumpulkan atas faktor keselamatan.

Advertisements

Menerusi beberapa rakaman yang tular di media sosial, pegawai keselamatan perlawanan terpaksa mengasingkan penyokong pasukan pelawat sejurus tamat perlawanan.


Ini juga dikatakan berpunca apabila sebulangan daripada penyokong Perak yang cuba melakukan provokasi terhadap penyokong Kelantan.

Daripada rakaman yang dimuat naik, situasi ini telah menyababkan keadaan kedua-dua pasukan menjadi tegang namun pihak berwajib berjaya mengawal keadaan dengan cukup baik.

Advertisements

Sebelum itu, pemain pasukan Perak FC, Sunday Kolawole turut mencuri perhatian apabila beliau bertindak luar kawalan semasa perlawanan berlangsung.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram