Berfikir Di ‘Luar Kotak’, Penyokong Perak FC Ada Jalan Untuk Selesai Masalah Kewangan Pasukan
Dunia
Perak FC
Advertisements

Masalah kewangan yang membelenggu pasukan Perak FC ternyata bukanlah satu perkara yang baharu. Ianya berlarutan sejak tahun lepas lagi. Namun begitu, Gabungan Persatuan Penyokong Bolasepak Perak (TBG Mobs Perak Fans Club) ada cara tersendiri untuk menyelesaikannya.

Setiausaha Kehormatnya, Hakimi Halim berkata, pihaknya menyasarkan kutipan sebanyak RM1.7 juta untuk membantu menyelesaikan kemelut kewangan yang dihadapi Perak FC.

Untuk merealisasikan perkara tersebut, Hakimi berharap setiap rakyat di negeri ini mampu menderma RM1 seorang dalam tempoh empat hari sehingga hari Khamis minggu ini. Dengan cara tersebut RM1.7 juta mampu dicapai dengan mudah.

Advertisements

“Sebelum ini kita harapkan pemilik Perak FC dapat selesaikan kemelut ini namun apa yang kita nampak, saban hari keadaan semakin genting dan pasukan kita sudah di hujung tanduk.

“Jika pasukan gagal untuk menyelesaikan tunggakan gaji sebelum atau pada 21 April ini maka First Instance Body (FIB) akan memutuskan tindakan seterusnya, lesen ditarik balik dan disingkirkan daripada Liga Malaysia adalah hukuman yang menanti,” katanya lagi dalam satu kenyataan di kepada Sukan Sinar pada Isnin.

Keadaan pasukan Perak yang semakin meruncing memungkinkan pasukan ini bakal disingkirkan dari terus beraksi dalam Liga Malaysia.

Advertisements

“Jika tersingkir dari saingan Liga Malaysia, ia adalah sesuatu yang amat malang bagi kita termasuk akan beri kesan kepada perkembangan bola sepak di negeri Perak sendiri.

“Kami rayu agar seluruh rakyat Perak menjayakan usaha ini sebelum terlambat, dan kita minta kepada kerajaan negeri untuk bantulah pasukan buat kali terakhir,” katanya lagi.

Kempen Solidariti RM1 Seminggu telah dilancarkan ketika berlakunya krisis kewangan Perak FC ditambah pula dengan perkhabaran pemain dan pegawai pasukan tidak dibayar gaji mereka dari dua bulan hingga ke tujuh bulan.

Advertisements

Sumbangan boleh dihulurkan ke akaun CIMB 8602530260 (Persatuan Penyokong Bolasepak Perak) dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi Hakimi di talian 0103938167.




Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram