Penyokong Perak Kena Baling Batu, Bas Pemain ‘Musnah’
Dunia
Advertisements

Disebalik kemenangan 2-1 Perak FC ke atas Kelantan FC sebentar tadi, bermacam-macam insiden telah berlaku di dalam padang mahupun di luar padang.

Dikhabarkan kumpulan penyokong Perak telah dibaling batu oleh penyokong Kelantan sejurus selepas perlawanan ditamatkan. Bukan sahaja itu, penyokong-penyokong Perak juga dikepung di dalam stadium untuk tujuan keselamatan.

Tidak dapat dipastikan apakah punca yang menyebabkan insiden itu berlaku. Suhu perlawanan juga panas dengan pemain Perak dilihat kerap melengahkan perlawanan.

Advertisements

Dalam pada itu, tular gambar cermin bas yang membawa pemain Perak telah dipecahkan. Walau bagaimanapun, sehingga kini tiada pengesahan daripada pihak pengurusan Kelantan FC mahupun pihak berkuasa.

Perak dijadulkan bertemu JDT 2 13 Ogos ini manakala Kelantan bakal melayani kunjungan PDRM di Kota Bharu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram