Penyokong Perak Optimis Kebangkitan Perak FC
Dunia
Utusan Malaysia
Advertisements

Pengurus Besar baharu Perak FC, Azman Noh berjaya memberi sedikit senyuman kepada barisan penyokong pasukan tersebut apabila dilihat berjaya menyelesaikan beberapa permasalahan yang melanda pasukan sejak beberapa bulan yang lalu.

Terbaru, menerusi satu tangkap layar kata-kata beliau di media sosial Perak The YOB, Azman telah menjelaskan bahawa beliau telah berjaya untuk menyelesaikan isu yang telah membelenggu pasukan The Bos Gaurus sejak sekian lama.

Ketika ini, beliau sudah pun menyelesaikan isu gaji yang melibatkan tiga orang pemain import iaitu Huo-Seok Jeon dan juga dua pemain yang sudah lama berkelana di pasukan itu iaitu Leandro Dos Santos dan Careca.

Advertisements

Kedua-dua pemain ini dikatakan ingin menyaman pasukan tersebut disebabkan kegagalan melunaskan gaji mereka selama tiga bulan. Namun begitu, hasil rundingan Azman Noh bersama mereka berdua dilihat berjaya mencapai kata sepakat.

Sungguhpun begitu, Azman dilihat menzahirkan rasa kecewanya setelah terpaksa mendahulukan wang tersebut bagi membayar tunggakan gaji pemain import.

Beliau hakikatnya ingin memberi insentif kepada barisan pemain muda Perak FC yang kini sedang bertungkus-lumus berjuang bagi memastikan pasukan mereka dapat kekal dalam saingan Liga Super pada musim hadapan.

Advertisements

“Sedih jugak patut duit itu kita gunakan untuk para pemain yang sedang berjuang sekarang.”

Namun begitu, apakan daya apabila tunggakan tersebut harus segera diselesaikan sebelum 31 Ogos 2021.

Para penyokong pasukan Perak FC dilihat mengucapkan penghargaan dan jutaan terima kasih terhadap perjuangan pengurus baharu mereka itu dalam usaha memulihkan reputasi pasukan sungguhpun pelbagai masalah yang melanda.

Advertisements

Ini sekaligus memberi harapan baru kepada penyokong pasukan dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan itu.

Penyokong Perak Optimis Dan Yakin Dengan Pengurusan Baru

“Tersangat kecewa dgn Pengurusan sebelum Nie…”

Advertisements

“Tahniah kepada pengurusan kini serta pemain yang ada meneruskan perjuangan hingga ke minit akhir perlawanan nanti…”

“Harap pemain sedia ada di kekalkan dan membuka pintu kepada pemain lain untuk pulang ke pangkuan. Sebagai penyokong, akan tetap setia walau di mana Perak berada…” jelas Asrol Afandy Ahmad Shatar.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram