Penyokong Perak Teruja Taktikal ‘Anak Jantan’ Diterapkan LTK
Dunia
Perak Football Club
Advertisements

Walaupun dibelasah Kuala Lumpur City FC (KL City) 3-0 dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan semalam, namun itu bukanlah satu sebab bagi penyokong Perak FC menekan butang panik menjelang aksi Liga Super 2023 yang bermula 24 Februari depan.

Ini kerana, rata-rata penyokong Perak berpuas hati dengan corak permainan yang ditampilkan anak buah Datuk Lim Teong Kim (LTK) itu. Perak yang sedang dalam proses pembentukan semula pasukan telah turun ke Stadium Bolasepak Kuala Lumpur semalam dengan hanya menggunakan seorang sahaja tenaga import iaitu, Christian Obiozor.

Walaupun hanya menggunakan seorang pemain import, para pemain Perak telah menunjukkan satu corak permainan yang berani apabila mereka dilihat selesa dengan bola dan kelajuan pemain Perak acap kali berjaya melepasi benteng pertahanan KL City yang diketuai Giancarlo Gallifuoco.

Advertisements

Melalui tinjuan di ruangan komen Facebook Perak Football Club, penyokong Perak meninggalkan komen tanda sokongan kepada pasukan kesayangan mereka dan kebanyakannya memuji keberanian LTK yang tidak menerapkan corak permainan bertahan sebaliknya mengamalkan corak pemainan lebih terbuka.

Gameplay perak mantap. Cuma tak banyak lorongan kepada Obiozor. Setuju V. Saravanan cakap kualiti ada cuma take time. Kerja keras pemain akan membuahkan hasil. Perak tak main bertahan pun. Tapi konsisten menyerang dan bermain secara terbuka walaupun hanya satu import,” luah penyokong Perak, Afiq Ghali.

Advertisements

Untuk rekod, Perak dijangka akan menggunakan tiga kuota pemain import sahaja bagi saingan musim ini dengan dua daripadanya merupakan pemain yang dikekalkan dari musim lalu iaitu Sunday Afolabi dan Luciano Guaychochea. Manakala seorang pemain baharu dari Nigeria iaitu penyerang, Christian Obiozor.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram