fbpx

Penyokong Sabah Sambut Baik Keberanian Ong Kim Swee Pertaruh Pemain Muda

Sabah Football Club

Trending Hari Ini

Sorry. No data so far.

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Pengendali baru Sabah FC, Ong Kim Swee telah sah secara rasmi mengambil alih tampuk kejurulatihan pasukan itu kelmarin. Kehadiran OKS telah mendapat respon dan sambutan baik seluruh peminat serta penyokong pasukan negeri di bawah bayu itu.

Dalam satu hantaran di Facebook Group Sabah Supporters Club (SSC), ramai dalam kalangan penyokong yang meluahkan rasa teruja dan menaruh impian besar untuk melihat kecemerlangan Sabah FC dibawah kepimpinan Ong Kim Swee.

“1 Oktober 2021, bermulalah tugasan Datuk Ong Kim Swee sebagai ketua jurulatih Sabah FC yang baru. Goodluck Datuk OKS dan juga pasukan Sabah FC. Buat yg terbaik,” jelas Nelson P Ison.

Hantaran tersebut telah dibanjiri kata-kata semangat dan ulasan daripada ahli group itu. Ada yang berasa bangga dengan keyakinan dan keberanian Ong Kim Swee mempertaruhkan barisan pemain muda dalam dua perlawanan sebelum ini.

“Baru seminggu bersama squad badak, perubahan sudah ada. Walaupun pemain-pemain muda diturunkan di kedua dua perlawanan, telah nampak sedikit peningkatan. Teruskan Datuk, semoga maju jaya,” kata Matleh Sinin

Turut sama, ada peminat yang mengimbau kembali zaman kegemilangan OKS sebagai pemain Sabah suatu ketika dahulu. ‘Badi’ kecemerlangan itu akan terus ditagih supaya Sabah FC kembali menyinar dan menjadi pasukan terbaik di masa akan datang.

“Datuk salah satu bintang masa kegemilangan pasukan Sabah tahun 1990an. Badi kegemilangan itu diharap menurun kepada pasukan Sabah FC di bawah OKS. Syabas dan tahniah Datuk! Moga terus gemilang dan terbilang. Sabah Maju Jaya,” respon Ondoyoyong Akasrie.

Dalam pada itu, peminat pasukan Sabah FC akan sentiasa menyokong perubahan yang bakal dilakukan Ong Kim Swee menjelang kempen Piala Malaysia seterusnya dalam saingan liga musim depan.

“Moga memberi sinar kepada pasukan Sabah FC dalam menghadapi TM Piala Malaysia 2021. Selamat datang kepada jurulatih baharu Datuk Ong Kim Swee, kita sokong,” balas Naga Nabalu.

© MakanBola Media – All Rights Reserved