Ads
Penyokong Selangor Serbu Gerai Jersi Walaupun Tengah Malam
Piala FA
Selangor FC

Sokongan padu yang diberi penyokong kepada Selangor FC cukup mengagumkan termasuk dari segi penjualan jersi.

Advertisements

Ini selepas pempengaruh media sosial, Mag Malaya mendedahkan penyokong Merah Kuning sanggup beratur di gerai jersi Stadium MBPJ untuk mendapatkan jersi kelab terutama jersi ketiga baru.

Advertisements

Jersi ketiga Selangor kali ini cukup memikat ramai kerana menggunakan dua tona warna berbeza iaitu biru dan emas ros pada jersi berkenaan. Ia turut datang dengan dua edisi iaitu Replika dan Elite.

Advertisements
Advertisements

Sejak dilancarkan secara digital pada 5 Julai lalu, ramai penyokong berusaha mendapatkan jersi berkenaan terutama edisi Elite. Ini kerana edisi Elite dijual sebagai koleksi terhad sebanyak 1,000 unit sebagai tanda penghargaan kepada para penyokong.

Atas sebab itu, Mag Malaya mendedahkan ada penyokong sanggup beratur pada tengah malam semata-mata nak mendapatkan jersi Selangor. Mereka sanggup beratur meskipun baru saja melihat Merah Kuning menewaskan Kuching City FC semalam menerusi penentuan sepakan penalti.

Advertisements

Mag Malaya percaya ini berlaku disebabkan kesedaran penyokong untuk membantu menaikkan nilai komersial pasukan Selangor menerusi pembelian cenderamata original.

“Hampir (jam) 1.00 pagi, (penyokong) beratur beli jersi. Naikkan nilai komersial kelab kita,” katanya dalam satu hantaran di X.

Advertisements

Kemenangan ke atas Kuching City ini membolehkan Selangor menempah tiket ke separuh akhir Piala FA. Merah Kuning bakal berdepan Terengganu di peringkat tersebut pada 20 Julai dan 3 Ogos ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram