Penjaga gol pasukan kebangsaan, Ahmad Syihan Hazmi mendapat pujian daripada para penyokong Thailand susulan tindakan perang psikologinya ketika beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil tempoh hari.
Beliau terus mendapat kepercayaan barisan kejurulatihan Harimau Malaya untuk mengemudi gawang gol pasukan negara sehingga kini.
Namun begitu, aksi bekas penjaga gol Negeri Sembilan ini jelas berjaya mencuri perhatian para penyokong lawan tatkala beliau berjaya mematahkan serangan demi serangan daripada jentera pasukan kendalian Mano Polking.
Beliau disifatkan sebagai seorang yang amat tenang dan mampu mengawal keadaan dengan baik oleh penyokong Thailand apabila mampu mengawal keadaan dengan cukup baik.
Malah, tindakan beliau untuk mengunggu pemain lawan menghampirinya sebelum menangkap bola juga dilihat sebagai satu langkah psikologi susulan beliau akan menyapa lembut bahu pemain Thailand selepas itu.
“Penjaga gol Malaysia ini bijak. Psikologinya juga bagus,” ujar sebuah hantaran daripada warga Thailand.
Mereka juga memahami tindakan pemain berusia 26 tahun itu yang memberikan segalanya bagi melihat kejayaan pasukannya.
“Seorang profesional memahami satu sama lain.”
“Satu penghormatan kepada penjaga gol Malaysia. Sangat bagus,” jelas Chemei.
Malaysia mahu mengulangi pencapaian tahun 2018 apabila mara ke final sekali lagi.