Penyokong Ulsan Hyundai Nyatakan Sebab Tewas Kepada JDT, Tak Sabar Nak ‘Rematch’
Asia
ulsanhyundaifootballclub
Advertisements

Kekalahan mengejut Ulsan Hyundai kepada kelab Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) ternyata merupakan satu kejutan besar. Antara yang ‘terkejut besar’ dengan keputusan tersebut adalah para penyokong Ulsan Hyundai.

Walaupun sudah tewas 1-2 kepada JDT, rata-rata penyokong Ulsan telah menyatakan sebab mengapa mereka tewas dalam perlawanan tersebut.

Faktor pertama kekalahan Ulsan telah dikaitkan dengan cuaca. Cuaca yang panas disyaki telah mengganggu tempo permainan Ulsan. Seperti yang kita tahu, cuaca di Korea Selatan kini adalah sejuk dengan suhu di bawah 10 darjah celcius.

Advertisements

Berkemungkinan besar para pemain Ulsan Hyundai agak kekok beraksi di dalam suhu yang panas di Malaysia. Manakala faktor lain yang disebutkan mereka adalah faktor nasib dan juga kesilapan sendiri pemain Ulsan.

Perlawanan menentang JDT memperlihatkan para pemain Ulsan mengawal permainan dengan baik sekali dengan hantaran-hantaran yang tepat. Statistik juga menunjukkan Ulsan lebih merbahaya dari segi serangan selepas melancarkan beberapa siri serangan merbahaya ke atas kubu JDT.

Namun begitu, mereka akui barisan pertahanan melakukan kesilapan mudah dan kesilapan itu berjaya dihukum dengan gol dari JDT. Walaupun sudah tewas kepada JDT, mereka masih melihat perjalanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) masih jauh dan mereka yakin akan menang apabila bertemu JDT sekali lagi pada 30 April ini.

Advertisements

JDT kini mendahului kumpulan I dengan 6 mata hasil dua kemenangan. Manakala Ulsan berada di tangga ke-3 selepas keputusan seri pada perlawanan pertama menentang Kawasaki Frontale.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram