Penyokong Watford Rindukan Fernando Forestieri
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Gol berkelas dunia yang dijaringkan penyerang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Forestieri mendapat perhatian seluruh dunia sekaligus menimbulkan pelbagai reaksi tentang keistimewaan jaringan tersebut.

Gol dramatik itu telah memastikan pasukan kendalian Benjamin Mora memperoleh 3 mata penuh ketika berkunjung ke Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi baru-baru ini telah membawa JDT kembali ke puncak liga.

Walau bagaimanapun, gol bekas bintang Udinese ini membuat perasaan para penyokong bekas kelabnya di Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Watford dan juga Sheffield Wednesday bangga melihat bekas pemain mereka itu menyinar di Malaysia.

Advertisements

Liputan juga telah dibuat secara meluas terutamanya oleh Media Eropah seperti Sky Sports terhadap pemain berusia 31 tahun ini yang menjadi watak penting buat pasukan Harimau Selatan.

Namun begitu, para penyokong Watford secara terbuka memberitahu bahawa Forestieri sememangnya seorang pemain yang sangat berbakat dan merindui aksi pemain ini.

“Kami merindukan kamu.”

Advertisements

Malah, beliau turut menerima pujian atas gol cantik itu sambil menganggap Forestieri merupakan seorang pemain yang sangat luar biasa.

“Seorang pemain yang sangat hebat,” kata Louis pada ruangan komen Sky Sports.

Pemain kelahiran Argentina ini juga diharapkan dapat mengekalkan rentak cemerlang ini untuk membawa lebih banyak kejayaan buat pasukan.

Advertisements

Sebilangan penyokong Watford juga menganggap beliau sebagai seorang wira ketika tempoh bersama kelab tersebut sungguhpun kini sudah pun berhijrah ke Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram