Advertisements
Penyudah Trio Serangan Malaysia Hampiri Kemuncak
Harimau Malaya
MakanBola
Azri/MakanBola

Ketajaman penyudah trio serangan Malaysia makin terbukti apabila menyinari bersama pasukan masing-masing.

Skuad kebangsaan akan memulakan sesi latihan sebagai persediaan menghadapi saingan PestaBola Merdeka di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pasukan bimbingan Kim Pan-gon diundi berdepan pasukan ke-102 dunia, India bagi aksi separuh akhir sebelum melangkah ke final sekiranya berjaya mengatasi cabaran tersebut.

Prestasi para pemain yang dipanggil terus dipantau rapi terutamanya jentera serangan pasukan untuk berdepan lawan yang lebih baik.

Pada aksi persahabatan September lalu, Harimau Malaya tampil penuh bergaya untuk mengikat negara ke-80 dunia, China dan juga Syria dalam aksi di Chengdu, China.

Aksi trio serangan negara iaitu penyerang berbisa Sabah FC, Darren Lok dibantu kecemerlangan dua pemain sayap lincah, Arif Aiman Hanapi dan Faisal Halim pasti menggembirakan penyokong setia Malaysia.

Dua gol yang dijaringkan oleh Darren berdepan PSM Makassar di Stadium Kapten Wayan Dipta menyaksikan beliau mengumpul 4 gol dalam 2 aksi di Asia.

Selain itu, Arif Aiman juga mencuri tumpuan apabila meledak dua gol berdepan jaguh Thailand, BG Pathum untuk merakamkan kemenangan 4-2 di Thailand.

Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim sudah meledak 11 gol dalam saingan Liga Super 2023 selain menjaringkan gol penting berdepan Terengganu FC tempoh hari.

Kecemerlangn trio ini bakal menjadi sandaran utama Kim Pan-gon tatkala Malaysia menuju 100 hari terakhir ke Piala Asia, Qatar tahun hadapan.