Pep Pernah Ugut Tinggalkan Man City
Dunia
Tom Young
Advertisements

Selepas dikenakan 100 tuduhan oleh EPL semalam, Man City bertegas menafikan semua tuduhan yang dinyatakan. Tetapi jika didapati bersalah, kelab bukan saja akan berdepan hukuman tetapi kehilangan Pep Guardiola sebagai jurulatih mereka.

Sebelum ini, bekas jurulatih Barcelona itu pernah mengugut mahu meninggalkan Citizens sekiranya didapati menipu tentang kedudukan kewangan mereka. Beberapa tahun sebelumnya, City disiasat oleh UEFA kerana didapati melanggar peraturan kewangan mereka.

“Kenapa saya pertahankan kelab (Man City) dan orang-orangnya? Sebab saya bekerja dengan mereka. Apabila mereka dituduh melakukan sesuatu, saya tanya mereka: ‘Beritahu saya tentang hal itu.’ Mereka terangkan dan saya percaya kepada mereka.

Advertisements

“Saya berkata kepada mereka: ‘Jika anda berbohong kepada saya, hari seterusnya, saya takkan berada di sini. Saya akan keluar dan saya tidak akan menjadi rakan anda lagi. Saya percayakan anda kerana saya mempercayai 100% dari hari pertama dan saya pertahankan kelab sebab itu.

“Bila anda letak sesuatu (penaja) ia terlebih bayar, tetapi untuk kelab-kelab lain, duit datang dari Amerika Syarikat tetapi duitnya betul walaupun jumlahnya lebih tinggi.

“Kami perlu menanganinya, kami perlu melawannya dengan itu. Dan seperti biasa, saya merupakan peminat yang menyokong organisasi ini, tanpa sebarang keraguan.

Advertisements

“Ini situasi sama pada 2012 atau 2013. Semasa saya masih di Barcelona, kebanyakan orang yang menguruskannya sudha tiada tapi sudah pasti saya tidak sukakannya.

“Apa yang saya suka ialah mewakili kelab melakukan perkara yang betul. Ini bukan soal menang Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan EPL, kami mahu melakukan yang terbaik untuk para penyokong kami,” katanya selepas City tersingkir dari UCL musim lepas.

Dalam tempohnya bersama City, Guardiola membantu mereka menjulang EPL sebanyak empat kali, Piala EFL (empat kali) dan Piala FA.

Advertisements

Sekiranya Citizens didapati bersalah, mereka boleh dikenakan pelbagai hukuman dari pemotongan mata hinggalah penyingkiran ke Liga Kejohanan. Tidak kira apa jenis hukuman yang akan dijatuhkan, Guardiola sudah pasti akan memenuhi janjinya itu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram