Perak ‘Ajar’ Selangor Cara Bermain Bola Sepak
Dunia
Perak FC
Advertisements

Aksi keempat saingan Liga Premier 2022 menyaksikan pertembungan di antara pasukan Perak FC menentang Selangor II. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Perak itu menyaksikan pasukan tuan rumah berjaya menewaskan Selangor II, dengan keputusan 2-1. 

Babak separuh masa pertama perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan saling bertukar hantaran dan cuba mencipta serangan. Anak buah Yusri Che Lah dilihat lebih berhati-hati dan masih tercari-cari rentak permainan sebenar.

Walaupun banyak peluang yang hadir dalam aksi separuh masa pertama, kedua-dua pasukan tetap buntu dalam mencipta jaringan. Keputusan separuh masa pertama tamat 0-0.

Advertisements

Menjelang aksi separuh masa kedua, anak buah Rusdi Suparman dilihat lebih banyak mencipta peluang dan menggandakan asakan. Barisan penyerang Selangor II beberapa kali melakukan percubaan tepat namun penjaga gol Perak FC lebing tangkas menyelamatkan gawang dari dibolosi.

Pada minit ke-81 permainan, pemain import Selangor II, George Attram akhirnya memecah kebuntuan apabila menjaringkan gol pertama perlawanan. Jaringan Attram itu mudah disempurnakan setelah beliau menerima hantaran daripada Saiful Iskandar.

Tersentak dengan jaringan tersebut, pemain gantian Farid Khazali berjaya menyempurnakan dengan baik peluang yang hadir menerusi sepakan percuma. Rembatan Farid pada minit ke-88 permainan telah menatijahkan kepada jaringan buat Perak FC.

Advertisements

Empat minit masa tambahan yang diberikan pengadil telah dimanfaatkan pasukan tuan rumah apabila sekali lagi, super-sub Perak FC, Farid Khazali berjaya menewaskan penjaga gol Selangor FC, Sikh Izhan Nazrel.

Percubaan dari luar kotak penalti pada minit ke-92 itu telah membawa pasukan Perak kepada kemenangan. Selangor II terpaksa berputih mata menerima kekalahan hasil kebangkitan luar biasa pasukan Perak FC. Perak FC 2-0 Selangor II.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram