Perak FC Dinasihatkan Tarik Diri Dari Liga Premier
Dunia
Perak Football Club
Advertisements

Isu tunggakan gaji yang melibatkan Perak FC semakin mendapat perhatian pemerhati bola sepak tanah air. Salah seorang pemerhati bola sepak, Dr Pekan Ramli melihat isu yang berlaku di kem Perak FC sangat tenat dan sungguh membimbangkan.

Pekan berpendapat jalan yang paling baik kini adalah dengan membubarkan pasukan Perak FC sebelum lebih banyak masalah lain yang timbul.

Jelas beliau, jika Perak FC terus berdegil untuk meneruskan aksi dalam Liga Premier musim ini tanpa dana sumber kewangan yang kukuh, ianya akan memberikan kesan negatif kepada para pemain dan staf kejurulatihan pasukan tersebut.

Advertisements

“Daripada kudis dan luka melarat hingga menjadi barah, eloklah Perak FC menarik diri daripada bersaing dalam Liga Premier musim ini sekiranya pasukan itu masih belum menjumpai pelabur atau penyelamat pasukan dalam masa terdekat ini.

“Aje tumpor Yop, kalau biarkan perkara ini berlarutan. Takkan kita nak lihat para pemain dan staf kejurulatihan bermain tanpa gaji berbulan-bulan yang pada hemat saya ia sesuatu yang tidak adil kepada mereka. ‘Anak bini nak makan apa Yob’?.

“Apa yang paling saya takut ketika ini, kalau mereka ini bermain tanpa gaji untuk tempoh yang lama ia mungkin akan menarik peluang bookie-bookie di luar sana mendekati pemain-pemain.

Advertisements

“Jadi apabila perkara tersebut berlaku, yang susahnya nanti bukan pasukan Perak FC sahaja, pasukan lain juga akan turut terpalit sama,” katanya.

Untuk rekod, masalah tunggakan gaji dalam pasukan Perak FC sudah berlaku dan berlarutan sejak musim lepas lagi. Masalah tersebut juga telah menyebabakan beberapa tonggak utama pasukan meninggalkan pasukan.

Pekan berharap ada pihak yang sudi membantu pasukan Perak FC yang diketahui mempunyai sejarah bola sepak hampir satu abad.

Advertisements

“Ia sangat menyedihkan kalau kita biarkan kelab yang mempunyai sejarah hampir satu abad ini terkubur begitu sahaja.

“Jadi saya harap pihak-pihak berkenaan dapat tolong mereka dengan apa yang termampu sekiranya tidak mahu lihat Perak FC bermain di Liga M3 pada masa akan datang,” katanya kepada Sukan Sinar.



Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram