Selepas 100 Tahun, Perak Akhirnya Turun ke Liga Premier
Blog
Steadicamstudio
Advertisements

Selepas 100 tahun tertubuhnya pasukan Perak FC (dulu dikenali sebagai Perak FA), akhirnya pasukan penuh sejarah ini akur dan turun ke devisyen ke-2 Liga Malaysia.

Kekalahan terhadap pasukan Melaka United dalam perlawanan minggu ke-21 mengesahkan turunnya pangkat pasukan The Bos Gaurus buat kali pertama dalam sejarah penubuhan kelab.

Selepas timbul isu masalah gaji sebelum ini, beberapa pemain utama seperti Nazirul Naim dan Shahrul Saad meninggalkan pasukan sekaligus memberikan impak segera terhadap kemerosotan prestasi keseluruhan pasukan.

Advertisements

Selepas 21 perlawanan liga, Perak FC hanya menang 3 perlawanan dan tewas 14 perlawanan dan lebih menyedihkan selepas timbul isu masalah gaji sebelum ini, Perak FC gagal memperoleh sebarang kemenangan melainkan ketika bertemu UiTM dan PJ City sekaligus mencerminkan faktor utama kemerosotan prestasi pasukan Perak.

Perak mempunyai penyokong fanatik yang ‘gilakan’ pasukan kesayangannya dan tidak mungkin tiada penaja besar yang sudi menaja pasukan ini.

Perak juga merupakan pasukan yang memiliki antara stadium terbaik untuk pasukan yang beraksi di Liga Super.

Advertisements

Sampai Abang Peja of Perak pun pening!

Perak juga antara pasukan yang mampu menjana kewangan yang cukup kukuh dengan penjualan jersi dan barangan lain.

Namun akhirnya terpaksa akur dengan deretan kekalahan dan keruntuhan emosi pemain yang jelas dalam setiap perlawanan.

Advertisements

Berlari sakan mengejar bola saja tidak cukup jika dapur gagal berasap. Manusia perlukan ketenangan hidup dan makanan berzat untuk mengekalkan prestasi dalam kehidupan.

Semoga parasit yang masih ada dalam pasukan Perak (jika masih ada) keluar segera dan berbisneslah sendiri tanpa melibatkan pasukan yang disayangi penyokong Perak ini.

Sejarah ringkas pertubuhan pasukan bola sepak Perak

Advertisements

1921 – Perak FA ditubuhkan
1926 – Piala Malaysia buat kali pertama
1990 – Piala FA buat kali pertama
2002 – Gelaran liga buat kali pertama
2003 – Gelaran liga buat kali kedua
2004 – Piala FA buat kali kedua
2018 – Piala Malaysia buat kali kelapan
2020 – Diswastakan sebagai Perak FC
2021 – Genap 100 tahun ditubuhkan
2021 – Tersingkir ke Liga Premier

Sumber data oleh Bola, Bola & Bola

Terima kasih juga pada pengurusan baru yang ‘mungkin’ sedang membersihkan sesuatu.

Bak kata Azmi Abdullah di Telegram MakanBola;

“Sabaq… bila selalu di atas , kita terlupa satu hari akan jatuh kerana kelalaian kita. Prepare utk musim depan utk kembali ke liga super 2023.”

Kita tidak tahu dan semoga Perak kembali bangkit.

https://www.youtube.com/watch?v=kZVugGE6Htg
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram