Perak FC Kekalkan Wawasan Tadbir Urus Sebuah Kelab Profesional
Dunia
Perakofficial
Advertisements

Pasukan Perak FC yakin untuk meneruskan perjalanan dalam saingan Liga Premier selain melaungkan keyakinan untuk terus menyelesaikan isu-isu semasa yang melibatkan kelab ketika ini.

Menerusi satu kenyataan oleh laman Perak Football Club, pihak pengurusan kelab Perak FC kini sedang melakukan gerak kerja termasuklah berkomunikasi dengan semua pihak yang berada dalam kelab bagi memastikan segala urusan berjalan dengan lancar.

’Pihak pengurusan masih berkomunikasi dengan para pemain dan pasukan teknikalnya.’

Advertisements

’Semua pihak mempunyai visi transformasi kelab yang sejajar.’

Perak FC juga menafikan khabar-khabar angin yang mengaitkan pasukan The Bos Gaurus dengan pelbagai spekulasi yang mengatakan tentang keadaan pengurusan yang tidak stabil oleh pasukan tersebut.

Bukan itu sahaja, sebagai sebuah kelab yang mempunyai wawasan dan juga pendirian untuk memajukan industri bola sepak tempatan, Perak optimis untuk terus mengukuhkan kedudukan Perak FC.

Advertisements

‘Kami masih terus berwawasan untuk mengukuhkan Perak FC sebagai sebuah pasukan bola sepak dengan tadbir urus yang baik dan profesional serta berjaya di Malaysia.’

Setelah pelbagai kemelut yang melanda pasukan dari Utara tanah air itu, penjelasan ini dijangka melegakan sedikit ketegangan antara para penyokong dan pihak pengurusan yang mahu melihat pasukan ini kembali ke prestasi sebenar.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram