Perak FC Mohon Maaf, Ikrar Akan Bangkit Semula
Dunia
Instagram: @peraktgbmy
Advertisements

Pasukan Perak FC hari ini telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan dengan status pasukan yang bakal beraksi di Liga Premier pada musim hadapan.

Ini merupakan kali pertama pasukan itu jatuh ke liga kedua ketika pasukan sedang menyambut ulangtahun kelab yang ke-100.

Sambil itu, mennurut kenyataan pengurus besar pasukan iaitu Azman Noh, beliau kelihatan sedikit kecewa setelah usaha bertungkus-lumusnya masih tidak mampu untuk menyelamatkan pasukan Perak.

Advertisements

‘Saya cuba melakukan yang terbaik untuk mempertahankan rekod sebagai satu-satunya pasukan yang belum pernah jatuh daripada Liga Super sejak diperkenalkan pada tahun 2004.’

Namun begitu, beliau mengakui bahawa usaha yang dilakukan masih tidak mencukupi di samping terdapat beberapa kelemahan yang telah berjaya dikenal pasti dalam usaha untuk meningkatkan mutu pentadbiran dan pengurusan kelab.

Beliau turut percaya bahawa situasi ini pasti membawa banyak pengajaran yang berharga untuk diteladani dan dilihat dalam memastikan bahawa pasukan akan bangkit untuk kembali semula ke saingan Liga Super.

Advertisements

Pengurus berusia 58 tahun ini juga percaya bahawa para penyokong juga merasai kekecewaan ini setelah sambutan ke-100 kelab bertukar menjadi mimpi ngeri.

Ucapan penghargaan dan terima kasih tidak dilupakan kepada para penyokong yang setia ketika susah senang dan jatuh bangun pasukan dalam saingan liga terutamanya musim ini apabila Perak FC dihimpit pelbagai masalah dalaman sekaligus menyukakan perjalanan kelab.

‘Terima kasih atas sokongan berterusan dan berharap agar sokongan ini akan berterusan ketika pasukan di tahap paling rendah ketika ini,’-Jelas Azman.

Advertisements

Semoga pasukan Perak segera bangkit untuk membuktikan kaliber dan kemampuan di bawah pimpinan baru dalam memajukan bola sepak Perak dan juga tanah air.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram