Perak FC Nafi Ambil Komisen Dana Sumbangan TMJ
Dunia
Perak FC 2022
Advertisements

Perak FC menafikan khabar angin mengambil komisen daripada dana bantuan yang diberikan TMJ kepada kelab berkenaan.

Sebelum ini timbul khabar angin di media sosial bahawa Perak FC membayar komisen terhadap setiap penajaan yang diberikan dan penyokong membuat andaian perkara yang sama turut dibuat terhadap dana sumbangan daripada pemilik JDT berkenaan.

Perak FC bagaimanapun memaklumkan komisen sebanyak 8 hingga 20 peratus diberikan kepada rakan kerja pemasaran jika berjaya membawa masuk penaja.

Advertisements

“Sebagaimana yang biasa dilakukan oleh IMC dan kebanyakan agensi-agensi pemasaran yang lain, Perak FC juga mengamalkan pemberian insentif dalam lingkungan 8 hingga 20 peratus kepada rakan kerja pemasaran mereka atas apa jua penajaan yang berjaya diraih.

“Walaubagaimanapun, Lembaga Pengarah telah bersetuju bahawa dana yang telah diterima daripada DYAM TMJ diberikan pendekatan yang berbeza memandangkan ianya merupakan sumbangan dan bukan tajaan.

Advertisements

“Oleh itu, polisi asal tidak akan diguna pakai. Perak FC berbesar hati untuk mendedahkan akaun kami jika perlu berbuat demikian.” Jelas Perak FC di Facebook.

Perak FC sebelum ini didakwa gagal melunaskan pembayaran gaji pemain untuk beberapa bulan dan kini sedang berusaha untuk melunaskan gaji pemain menerusi beberapa inisiatif pihak kelab dan penyokong seperti kutipan dana sumbangan dan penjualan merchandise pasukan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram