Permasalahan di Perak FC, Pemilik Dakwa Dirinya Ditipu, Sudah Buat Laporan Polis
Dunia
Muhamad Fazwan Azi
Advertisements

Pemilik dan Pengurusi Impact Media and Communication Sdn Bhd, Khairul Mahmood akhirnya buka mulut isu berkaitan permasalah semasa di Perak FC.

Pertemuan bersama penyokong Perak di luar stadium selepas perlawanan berlaku dengan baik dan terkawal dan beliau sempat menjawab beberapa persoalan dilontarkan penyokong pasukan.

“Saya sedang berusaha ke arah (menyelesaikan gaji), saya sudah bercakap dengan pihak teknikal dan juga pemain, saya cuba selesaikan hujung bulan ini (kalau boleh), saya nak buat benda ni.

Advertisements

“Saya tak pernah berhutang dengan orang, saya hidup dengan aman sebelum ini, sebelum saya kena tipu.

“Selepas kena tipu jadi tak aman. Penipuan ini bukan sedikit, kalau saya dedahkan ianya akan menyebabkan saya salah kerana saya sudahpun buat laporan polis.

“Jadi saya minta penyokong menyokong saya sekejap, kalau saya tak mampu saya bagi pada pemilik baru dengan hati yang tenang. Saya tiada masalah untuk lepaskan Perak FC demi bola sepak Perak.

Advertisements

“Saya nak yang terbaik, saya tak nak ada masalah , saya pun nak berkawan dan tengok bola sama macam tuan-tuan semua.” Jelas Khairul kepada penyokong Perak.

Khairul Mahmood turut akan mengaturkan pertemuan bersama penyokong Perak dalam masa terdekat untuk menjelaskan segalanya.

Perak FC sebelum ini diambil alih sepenuhnya oleh Impact Media and Communication Sdn Bhd pada akhir tahun 2021 namun berhadapan dengan masalah pembayaran gaji difahamkan disebabkan faktor hutang tertunggak kelab berkenaan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram