Perak FC Tiada Kena Mengena Dengan Pasir
Dunia
Perak FC
Advertisements

Sebelum ini, telah banyak tuduhan yang telah tersebar melalui media sosial mengenai Perak FC dan terdapat tuduhan baharu melibatkan penganugerahan sebuah lesen konsesi pasir yang diberikan kepada sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengan salah seorang ahli teknikal kanan kelab.

Namun, Ketua Eksekutif Perak FC, Muhammad Yunus Zakariah telah menafikan pihaknya tiada kena mengena dengan konsesi pasir tersebut.

Dalam pada itu, beliau juga menyatakan sehingga hari ini pihaknya tidak menerima apa-apa bantuan dana atau pun diberikan sebarang persetujuan daripada kerajaan negeri atau mana-mana anak syarikat kerajaan negeri.

Advertisements

“Sehingga hari ini, kami ingin menegaskan bahawa kami tidak menerima sebarang bantuan dana, atau pun diberikan sebarang konsesi daripada kerajaan negeri atau mana-mana anak syarikat kerajaan negeri. Berdasarkan pengetahuan kami, konsesi pasir yang dimaksudkan telah diberikan pada bulan Oktober 2021, jauh sebelum IMC terlibat dengan bola sepak Perak,” kata Muhammad Yunus Zakariah, Ketua Eksekutif Perak FC menerusi laman Facebook Perak FC.

“Kami dijadualkan bertemu bakal pembeli hari ini (Isnin, 11 April 2022). Tuduhan ini berniat jahat, dan merupakan satu cubaan oleh pihak tertentu untuk merosakkan usaha kami untuk menjual milikan Perak FC.” jelasnya.

Bagaimanapun, kita masih menunggu pengumuman rasmi berkenaan maklumat tentang pemilik baharu buat pasukan Perak FC.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram