Perak FC Tidak Dibenarkan Berlatih Di Stadium Sendiri
Dunia
Instagram: @peraktbgmy
Advertisements

Pasukan Perak FC yang menggunakan Stadium Perak sebagai venue latihan mereka tidak lagi mendapat kebenaran oleh Majlis Bandar Raya Ipoh. Oleh yang demikian, Padang Kompleks Sukan Chepor bakal dijadikan tempat baharu buat pasukan The Bos Gaurus untuk berlatih pada baki musim ini.

Menurut laporan oleh Utusan, tindakan yang diambil oleh badan tersebut disebabkan Stadium Perak yang sering digunakan oleh kedua-dua pasukan Perak FC dan juga Perak FC II dalam kempen liga musim ini.

Perak FC yang bermain di LIga Super sambil Perak II yang menempuhi saingan di Liga Premier ditambah dengan jadual yang padat menyebabkan keputusan ini diambil.

Advertisements

Menurut Pegurus Besar (GM) Perak FC, Azman Noh, Stadium Perak hanya dibenarkan untuk digunakan bagi saingan Liga Super dan Perdana.

” Stadium Perak hanya dibenarkan digunakan untuk perlawanan Liga Super dan Perdana.”-Jelas Azman.

Oleh yang demikian, pasukan Perak FC harus mencari alternatif lain untuk menjalani latihan musim ini.

Advertisements

Beliau menambah, padang kompleks Chepor ini secara sah di bawah Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri (SSI) dan diuruskan oleh Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa).

Azman juga menjelaskan bahawa segala urusan melibatkan penggunaan padang akan dibincangkan dengan lebih lanjut untuk dilakukan sedikit penambahbaikan.

Di samping itu, beliau turut menjelaskan bahawa masalah-masalah seperti rumput yang tidak tumbuh sekata, permukaan padang yang tidak rata bakal menyebabkan kecederaan mudah terjadi serta beberapa aspek teknikal padang yang perlu ditambah baik di kompleks tersebut.

Advertisements

Semoga segala urusan pasukan Perak FC dipermudahkan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram