Advertising
Keyakinan Kunci Perak Hadapi JDT
MakanBola
Perak FC

Pengendali Perak FC, Yusri Che Lah mahu barisan anak buahnya tampil berkeyakinan menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC).

Keinginan itu dizahirkan beliau selepas melihat The Bos Gaurus kecundang tiga kali di Stadium Perak dalam saingan liga musim 2024/25. Pasukan itu tunduk kepada PDRM FC, Penang FC dan Kuching City FC.

Ad

Dan kini, Perak bakal melayan kunjungan Harimau Selatan yang juga pendahulu liga. JDT juga turut memiliki rekod baik ke atas The Bos Gaurus dengan meraih 13 kemenangan sejak 26 Julai 2017.

Ad

Yusri mengakui bukan mudah buat barisan pemain Perak untuk menghadapi cabaran Harimau Selatan. Pada masa sama, beliau melihat ini bukan alasan buat pasukan itu untuk tidak mempamerkan prestasi terbaik ke atas juara liga 10 kali itu.

Ini kerana Perak beraksi di hadapan penyokong setia pasukan itu stadium keramat mereka, Stadium Perak. Justeru, The Bos Gaurus harus lebih berkeyakinan jika ingin mencipta kejutan ke atas JDT.

Ad

“Saya setuju (dengan) perkara itu dan saya mengingatkan para pemain kita telah melalui tiga perlawanan (di Stadium Perak) dan kalah pun tiga perlawanan. Apa yang kita harus fikirkan lagi ke depan.

Ad

“Sebaliknya, buang apa jua kesilapan, kelemahan dan keyakinan yang tidak ada dalam permainan. Sebaliknya, tonjolkan aksi yang lebih baik yang lebih diinginkan para peminat.

Ad

“Walaupun kita tidak disenangi rata-rata penyokong tetapi kita cuba melakukan yang terbaik esok (hari ini) kerana besok (hari ini) mungkin jadi titik perubahan kita dalam liga nanti,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi untuk Nadi Bola.

Perak berdepan cabaran JDT pada 17 Ogos tanpa empat tonggak termasuk dua tonggak import, Lee Tae-min dan Luiz Fernando Motta.